Friday, April 2, 2010

Ilmu dan amalan untuk dikongsi bersama


Alhamdulillahi rabbil a'lamin.Ungkapan kesyukuran yang daku dapat ucapkan atas segala limpahan rahmat dan kurniaan nikmat dariMu, Ya Rabbul Alamin.Aku hanya hambaMu yang sentiasa berharap gantung dan memerlukanMu dalam kehidupan ini.Kehidupan di dunia yang fana' tetapi keindahannya palsu hinggakan ramai hambamu tertipu dengan segala perhiasan dunia yang menjadi umpan untuk menjadi jerat kepada sesiapa yang lalai.Daku sentiasa mengharapkan rahmatMu dan redhaMu supaya kaki ku ini sentiasa tetap berada dalam sirna keimanan dan tidak terpedaya dengan fitnah dunia yang membejati kehidupan manusia kini yang telah jauh tersasar daripada tujuan asal diturunkan kedunia ini, iaitu untuk menjadi khalifah dan abid.Daku hanyalah hambaMu yang daif, sentiasa berharap agar kekuatan dan nikmat yang Kau curahkan padaku secara tidak putus-putus bak sungai jernih yang mengalirkan nikmatmu secara sedar ataupun tidak.

Atas rahmatmu, daku ingin berkongsi bersama amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepadamu, menyelesaikan masalah-masalah duniawi secara sufi semoga kita semua terdorong untuk menuju redha Mu dalam menyelesaikan permasalahan.Sedar ataupun tidak, permasalahan duniawi adalah hasil ciptaan dosa dan kesilapan lampau kita, lantas penyelesaiannya adalah kembali semula kepada Allah.

Segala ilmu yang dipaparkan adalah untuk dikongsi dan di amalkan.Semoga usahaku ini dapat membantu sesama insan yang memerlukan pertolongan ketika dalam kesempitan, dan untuk qalbun(hati) yang sentiasa mencari cinta pada Mu Ya Allah.

Aku Mencari RedhaMu dan RahmatMu.Aku ingin tinggalkan dunia yang penuh tipudaya dan berharapkan syurga yang Engkau janjikan.Golongkanlah aku bersama para RasulMu dan kekasihMu.Engkaulah YaAllah matlamat hidupku.